Jumaat, 20 Mei 2011

LOGO KEJOHANAN

Kejohanan seumpama ini telah hampir 10 tahun tidak dianjurkan di kampung ini. Setelah sekian lama Persatuan mengambil inisiatif untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan berkenaan dikawasan ini.

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERBUKA


Jumaat, 26 Februari 2010

Profil


NAMA

Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Belia Sungai Rotan atau ringkasnya PBSR
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

2.1. Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar Persatuan Belia Sungai Rotan ialah di :

Kampung Batu 23, Sungai Rotan,
34800 Trong,
Taiping Perak, D.R.

2.2. Alamat Urusan
Alamat urusan Persatuan Belia Sungai Rotan ialah di :

No 9, Kampung Baru Sungai Rotan
34800 Trong
Taiping Perak.


OBJEKTIF DAN MATLAMAT

4.1. Untuk menggalakkan dan dan membudayakan belia dalam aktiviti berpesatuan.

4.2. Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal seliaan daerah, negeri dan kebangsaan.

4.3. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

4.4. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, paras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

4.5. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Kementerian Belia Dan Sukan.

4.6. Untuk memastikan prosedur pemilihan ahli Persatuan bagi mengikut aktiviti-aktiviti Persatuan dengan adil.

4.7. Untuk mewakili Persatuan dalam mana-mana pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian.

4.8. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

4.9. Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjurkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persatuan.
FASAL 5. LOGO / LAMBANG
Logo / Lambang Persatuan ini adalah berkonsepkan gabungan teks( PBSR ) iaitu ringkasan daripada “Persatuan Belia Sungai Rotan” jika dilihat logo berikut mempunyai sifat belia yang ranggi,bebas,berani,agresif dan ringkas. Ini semua dapat dilihat daripada konsep rekaan logo tersebut. Warna yang digunakan dalam mereka bentuk logo Persatuan juga amat sesuai dengan jiwa belia. Antara warna yang digunakan adalah seperti:
Merah: Melambangkan semangat belia yang berani dan agresif
Hitam/Putih: Sebagai warna asas kehidupan manusia
Oren: Warna yang selalu digandingkan dengan elemen belia.
CONTOH LOGO



FASAL 6. KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini terbuka kepada penduduk-penduduk sekitar Kampung Sungai Rotan sahaja dan terbahagi kepada tiga( 3 ) kategori seperti berikut:

6.1. Ahli Biasa
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan telah diterima keahliannya oleh Jawatankuasa Induk dan boleh mengundi serta diundi.

6.2. Ahli Kehormat
Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk.

6.3. Ahli Remaja
Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah dan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga serta diluluskan oleh Jawatankuasa Induk.

Masyuarat Penaja 2009











Rumah Terbuka


Persatuan Belia Sg.Rotan(PBSR)ditubuhkan pada 26 Ogos 2009 mengikut seksyen 10 akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.Persatuan mempunyai seramai 50 orang ahli berdaftar, pengambilan ahli merangkumi kawasan Kg.Baru Sg.Rotan dan Kg.Batu 26.Matlamat penubuhan adalah untuk memperjuangkan kepentingan warga belia serta mewujudkan sekumpulan belia yang berdayamaju dan produktif bagi membantu negara serta kampung halaman sendiri.

Logo